Adakah sudah terlalu lewat untuk berkongsi tentang Aidilfitri?..
Tetapi bukanlah cerita jalan-jalan di Aidilfitri yang kami ingin kongsikan tetapi lebih kepada gambar keluarga terbaru yang kami miliki dari 1 Syawal, yang kini menghiasi almari hiasan di ruang makan rumah kami...
Alhamdulillah...Keraian Aidilfitri ini adalah keraian buat Izz Zayani dan kami sekeluarga...;)
Sejak 2 minggu lepas...Waktu tidur Izz berubah 360 darjah...Apa tidaknya, waktu siang yang dulu banyak dihabiskan dengan mimpi yang indah-indah, sekarang dengan riang bermain-main...:)100 hari yang istimewa & tidak ternilai...
Posted by che ku ahmad zulkifli
05.10.2011 adalah genap si kecil kami berusia 100 hari...
Izz Zayani adalah pembawa warna istimewa dan harta termahal dalam hidup kami sejak 100 hari yang lalu...
Keletihan menjaga dan mengasuh Izz adalah tidak sama dengan keletihan lain di dunia fana ini kerana keletihan ini adalah terlalu menerujakan...
Abah dan mama sayang Izz selamanya. Cepat besar dan sihat selalu ya sayang...
hari ni cuaca agak panas.
30 April 2011 - Sekejap je masa berlalu. Banyak yang aku fikirkan
Malam ni ada buat solat hajat sikit sempena wife aku dah masuk 7 bulan pregnant. Menanti kehadiran orang baru memang sesuatu yang menyeronokkan. Semua orang gembira. Semua orang suka. Nanti baby keluar boleh jumpa dengan orang - orang yang gembira ni ye. Jumpa mama. jumpa abah, jumpa makcik2, jumpa pakcik2, jumpa datuk nenek. Jumpa dengan dunia luar yang penuh cabarannya.
Kerja ? macam biasa biasa je. Tapi lebih teratur sebab aku dah biasa. Mata aku dah kalis, telinga aku dah nipis, mulut ku tak payah ditapis tapis.
Biar letih asal bahagia.



