My Lovely Family

thanks for everything

Subscribe
Add to Technorati Favourites
Add to del.icio.us
Tuesday, October 18, 2011

Aidilfitri 2011..

Posted by che ku ahmad zulkifli

Adakah sudah terlalu lewat untuk berkongsi tentang Aidilfitri?..

Tetapi bukanlah cerita jalan-jalan di Aidilfitri yang kami ingin kongsikan tetapi lebih kepada gambar keluarga terbaru yang kami miliki dari 1 Syawal, yang kini menghiasi almari hiasan di ruang makan rumah kami...

Alhamdulillah...Keraian Aidilfitri ini adalah keraian buat Izz Zayani dan kami sekeluarga...;)










Kisah Waktu Tidur Izz Zayani..

Posted by che ku ahmad zulkifli



Sejak 2 minggu lepas...Waktu tidur Izz berubah 360 darjah...Apa tidaknya, waktu siang yang dulu banyak dihabiskan dengan mimpi yang indah-indah, sekarang dengan riang bermain-main...:)

Jika sebelum ini, Izz kerap bangun, 2-3 kali dalam semalaman dan sukar hendak ditidurkan walau didodoi seperti kegemarannya, tapi sekarang, Izz tidur lena sepanjang waktu tidur kami...

Izz juga lebih lena tidur dalam suasana malap dan bila lampu bilik di buka pagi-pagi, Izz akan sedar dan bangun minta disusukan atau senyum sambil mengeliat jika sebelum subuhnya sudah disusukan...

Kami pasti akan terus asuh Izz untuk bangun awal pagi walaupun pada hari bercuti, juga terus mandikan Izz awal pagi dengan air suam seperti hari biasa kami bekerja. Biarlah menjadi satu disiplin hingga dewasa kerana waktu siang akan terasa pendek apabila bangun tidur terlalu lewat...

Sedapatnya, kami ingin terus mendidik dan mengasuh Izz sedari awal dengan pelbagai disiplin dalam kehidupan dan ia mesti bermula dari kami...

Sekurang-kurangnya, dari kecil lagi Izz sudah berbakti pada kami dengan mengingatkan kami pada perkara-perkara baik dalam kehidupan agar Izz juga mewarisinya dengan sempurna dan yakin...

Sunday, October 9, 2011

Majlis Aqiqah..

Posted by che ku ahmad zulkifli




Majlis Aqiqah buat Izz Zayani dilangsungkan sederhana pada 10.09.2011 di rumah Opah...

Majlis dirancang sebagai meraikan kegembiraan dan rasa syukur atas kelahiran orang baru dalam keluarga...

Izz adalah cucu pertama dari sebelah Mama dan yang ke-11 di sebelah Abah...

Dalam majlis ini juga rambut Izz dicukur dan mulut dibelah dengan kismis, kurma dan air zam zam oleh Ayah Ki, Tok Ki dan sahabat-sahabat Ustaz Ya...

Moga-moga Izz akan menjadi insan baik dan solehah serta memberi manfaat kepada agama, negara dan keluarga...

Kalau Izz baik, semua orang sayang...Insyaallah...












Thursday, October 6, 2011

100 hari yang istimewa & tidak ternilai...

Posted by che ku ahmad zulkifli

05.10.2011 adalah genap si kecil kami berusia 100 hari...

Izz Zayani adalah pembawa warna istimewa dan harta termahal dalam hidup kami sejak 100 hari yang lalu...

Keletihan menjaga dan mengasuh Izz adalah tidak sama dengan keletihan lain di dunia fana ini kerana keletihan ini adalah terlalu menerujakan...

Abah dan mama sayang Izz selamanya. Cepat besar dan sihat selalu ya sayang...

Friday, July 1, 2011

our dearie..

Posted by che ku ahmad zulkifli







june 28, 2011 : 1.03 pm
welcome !


Saturday, April 30, 2011

Sepetang Ini

Posted by che ku ahmad zulkifli

hari ni cuaca agak panas.

30 April 2011 - Sekejap je masa berlalu. Banyak yang aku fikirkan

Malam ni ada buat solat hajat sikit sempena wife aku dah masuk 7 bulan pregnant. Menanti kehadiran orang baru memang sesuatu yang menyeronokkan. Semua orang gembira. Semua orang suka. Nanti baby keluar boleh jumpa dengan orang - orang yang gembira ni ye. Jumpa mama. jumpa abah, jumpa makcik2, jumpa pakcik2, jumpa datuk nenek. Jumpa dengan dunia luar yang penuh cabarannya.

Kerja ? macam biasa biasa je. Tapi lebih teratur sebab aku dah biasa. Mata aku dah kalis, telinga aku dah nipis, mulut ku tak payah ditapis tapis.

Biar letih asal bahagia.